Kehidupan peribadi Diego Maradona

Keluarga

Ibu bapanya ialah Diego Maradona Snr dan Dalma Salvadore Franco. Datuk moyang sebelah ibunya, Mateo Kariolić lahir di Korčula, Dalmatia (kini di Croatia), lalu berhijrah ke Argentina, tempat lahir neneknya Salvadora. Salvadora menamakan anaknya Dalma sempena kawasan di Croatia itu, dan sempena ibunya Maradona menamakan anak perempuan sulungnya.

Maradona mengahwini Claudia Villafañe pada 7 November 1989 di Buenos Aires, selepas kelahiran anak-anak perempuan mereka, iaitu Dalma Nerea (lahir 2 April 1987) dan Giannina Dinorah (lahir May 16, 1989) yang mengurniakan cucu kepadanya pada tahun 2009.[22] Dalam autobiografinya, Maradona mengakui dirinya tidak sentiasa setia kepada Claudia, sungguhpun masih mengakui Claudia sebagai cinta sepanjang hayatnya.

Maradona dan Villafañe bercerai pada tahun 2004. Sejak itu, Dalma bertegas bahawa perceraian itu adalah penyelesaian terbaik untuk sekeluarga, dan ibu bapanya masih berkawan. Maradona dan bekas isterinya pernah bersama ke Napoli untuk berbaiat pada Jun 2005[23], selepas itu masih kerap dilihat bersama, termasuk perlawanan Argentina pada Piala Dunia FIFA 2006.

Ketika menjalani prosiding perceraian, Maradona mengakui dirinya sebagai bapa kepada Diego Sinagra (lahir di Naples pada 20 September 1986). Mahkamah Itali sudah memutuskan yang demikian pada tahun 1993, setelah Maradona enggan menjalani ujian DNA untuk mencari bukti kebapaannya. Sinagra menemui Maradona buat kali pertama pada Mei 2003 setelah mencuri masuk ke dalam sebuah padang golf di Naples yang dikunjungi oleh Maradona.[24]

Selepas bercerai, Claudia menceburi kerjaya penerbit teater, dan Dalma pula mengejar impian berlakon di Actor's Studio di Los Angeles.[25][26]

Anak bongsunya, Giannina, kini bertunang dengan penyerang Atletico Madrid, Sergio Agüero. Anak lelakinya Diego Sinagra juga bermain bola sepak di Itali [27]

Penyalahgunaan dadah dan masalah kesihatan

Sejak pertengahan 1980-an hingga tahun 2004, Diego Maradona menagih kokaina. Beliau dikatakan mula menagihnya di Barcelona pada tahun 1983.[28] Ketika bermain untuk Napoli, beliau sudah begitu kerap menagih sehingga menjejaskan keupayaan bermain bola.[29]

Pada tahun-tahun selepas persaraannya, tahap kesihatannya makin meruncing. pada 4 Januari 2000, ketika bercuti di Punta del Este, Uruguay, Maradona dikejarkan ke bilik kecemasan klinik setempat. Dalam sidang akhbar, doktor menyatakan bahawa pihak mereka mengesan kerosakan otot jantung akibat "masalah kesihatan yang tersembunyi", kemudian didapat bahawa kesan kokaina ditemui dalam darahnya, sehingga Maradona terpaksa menjelaskan keadaannya kepada pihak polis. Selepas itu, beliau meninggalkan Argentina untuk ke Cuba untuk mengikuti rancangan pemulihan dadah.

Maradona cenderung menaikkan berat badan, dan semakin menderita akibat obesiti sejak berakhirnya kerjaya sebagai pemain bola sepak, sehingga terpaksa melalui pembedahan pintasan gastrik di sebuah klinik di Cartagena de Indias, Colombia pada 6 Mac 2005.[30] Sebaik sahaja Maradona kembali tampil di khalayak ramai sesudah itu, bentuk badannya kelihatan lebih kurus.[31]

Pada 18 April 2004, doktor melaporkan bahawa Maradona mengalami serangan jantung akibat penggunaan kokaina secara berlebihan; beliau dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi di sebuah hospital di Buenos Aires, diikuti ramai peminatnya untuk menunggu berita. Beliau ditanggalkan alat pernafasan pada 23 April dan kekal dalam jagaan rawatan rapi sehingga dibenarkan keluar pada 29 April.

Pada 29 Mac 2007, Maradona sekali lagi dimasukkan ke hospital di Buenos Aires untuk menerima rawatan hepatitis dan kesan penyalahgunaan alkohol, lalu dilepaskan pada 11 April, namun dimasukkan semula dua hari kemudian.[32] Pada hari-hari berikutnya, tersebarnya desas-desus mengenai kesihatannya, termasuk tiga dakwaan palsu kematiannya dalam sebulan.[33] Setelah dipindahkan ke klinik psikiatri yang berkepakaran dalam masalah berkenaan alkohol, beliau dilepaskan pada 7 Mei.[34]

Pada 8 Mei 2007, Maradona muncul di TV Argentina untuk mengumumkan bahawa beliau telah berhenti meminum alkohol dan tidak pernah menggunakan dadah dalam masa dua tahun setengah.[35]

Masalah kewangan

Pada Mac 2009, pegawai Itali mengumumkan bahawa Maradona masih berhutang cukai 37 juta euro kepada kerajaan Itali; 23.5 juta daripadanya adalah faedah terkumpul pada hutang asalnya. Mereka melaporkan setakat masa itu, Maradona hanya menjelaskan 42,000 euro, dua utas jam tangan mewah dan sepasang subang.[36][37]

Rujukan

WikiPedia: Diego Maradona http://www.espantalagata.com.ar/ http://www.homenajeal10.com.ar/ http://www.meduermo.com.ar/thumbnails.php?album=11... http://worldsoccer.about.com/od/soccerhistory/p/di... http://euro2008-blog.blogspot.com/2008/05/diego-ma... http://www.ole.clarin.com/notas/2007/04/26/0140724... http://www.clarin.com/diario/2005/06/03/espectacul... http://www.clarin.com/diario/2005/06/19/sociedad/s... http://edition.cnn.com/2009/SPORT/football/10/14/f... http://sportsillustrated.cnn.com/2005/writers/mark...